Friday 11 November 2011

WNM SUTERA TRADE

 WNM SUTERA TRADE   ditubuhkan pada 1 Januari 1998. Fokus perniagaan kami jalankan ialah menyediakan kemudahan dobi layan diri di semua kawasan kediaman. Pada peringkat permulaan perkhidmatan kami hanya melibatkan asrama-asrama kediaman pelajar,  politeknik dan seterusnya mengembangkan perniagaan di premis-premis kediaman di kondominium, rumah pangsa, kawasan perumahan awam, kolej-kolej dan universiti di seluruh Malaysia.

WNM SUTERA TRADE SDN BHD  juga mendapat sokongan penuh daripada pihak universiti apabila bergerak aktif dalam Kelab Usahawan Universiti dan juga beberapa siri Research and Development (R&D) yang dijalankan bersama bagi mencipta pattern sendiri mesin dobi layan diri yang menerima kepelbagaian kombinasi syiling (multi-coin) dan seterusnya berjaya menghasilkan sistem berasaskan kad pintar dan penerimaan wang kertas serta token khas. Sistem ini berjaya direalisasikan berdasarkan R&D yang dijalankan selama 2 tahun.
            
Syarikat kami juga telah berjaya meluaskan perniagaan di sekitar negeri Pahang, Terengganu Lembah Klang dan akan terus meluaskan pengaruh di beberapa negeri lain secara berperingkat-peringkat. Kami juga membekalkan komponen-komponen untuk mesin basuh layan diri ini, seperti mesin basuh, coin box machine, coin acceptor, note acceptor dan beberapa komponen lain yang terdapat di dalam perniagaan kami.
         
Tenaga muda dari golongan profesional bumiputra menjadi titik-tolak dan semangat kepada syarikat kami untuk melangkah lebih jauh, seiring dengan syarikat dobi layan diri yang lain. Sekarang, kami cuba mencari pasaran di Sarawak dan Sabah untuk memenuhi permintaan dan keperluan para penggu

No comments:

Post a Comment